Saturday, 8 October 2011

Third & Fourth week class


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

  Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca blog saya.Pejam celik,pejam celik sudah minggu ketiga saya berada dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan ini.Semakin lama,semakin banyak pekara yang akan dipelajari dan semakin banyak cabaran yang akan ditempuhi.Tajuk-tajuk tugasan pada minggu ini adalah......
1.     21st Century Skill
2.     Thinking skills and ICT 
3.     Internet and Computer Security (Virus,Spam,Phishing) & Operating System
4.     Original and licensed software
5.     Open source Software
6.     Web 2.0 in education
7.     E-Learning & Mobile learning

  Pada permulaannya,saya dan pasangan memilih tajuk E-Learning & Mobile learning...namun bagi kelas s1k3 dan s1k4..Dr.Siti Fatimah Mohd Yassin telah menetapkan tajuk kami dan kumpulan saya mendapat tajuk Open source Software(OSS) atau Perisian Sumber Terbuka melalui Database di dalam Yahoo groups Dr..Berikut merupakan tajuk dan nama pasangan yang telah di isi di dalam Database Dr.




Selepas mendapat tajuk tersebut...saya mencari maklumat tentang OSS di internet.Untuk memudahkan pencarian,saya menggunakan cara yang diajar oleh Dr.Siti Fatimah Mohd Yassin melalui perfoma iaitu,mengelaskan tugasan melalui who?what?where?why?how...

  Berikut merupakan rumusan tugasan saya pada minggu ketiga ini...
  • Apa
OSS adalah sebuah perisian bebas yang memberikan kemudahan penyalinan dan penyebaran kerana persamaan kod-kod sumbernya yang boleh dikongsi.OSS juga adalah perisian kod-kod yang sumbernya boleh dilihat,diubah,dimiliki dan disebarkan semula kepada umum asalkan ia memenuhi hak cipta asal sumber terbuka.Oss juga adalah perisian yang boleh diedarkan secara percuma tanpa dikenakan sebarang caj oleh pemilik dan pengeluar lesen.
  • Kenapa
OSS bertujuan untuk mewujudkan industri perisian tempatan yang mampu berdaya saing,berkemampuan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta mampu menyumbangkan kepada pendapatan negara.Selain itu,OSS bertujuan memastikan keselamatan dan kedaulatan sesebuah negara.
  • Di mana
OSS diperolehi dengan muat turun melalui internet.Selain itu,pihak Microsoft juga menyediakan platform OSS ini di alamat URL,http://www.microsoft.com/opensource.
  • Siapa
OSS  kebiasaanya digunakan oleh orang biasa yang tahu menggunakan komputer mengikut perisian yang digunakan.Umumnya,digunakan oleh pelajar dan penjawat awan dan swasta yang kebiasaanya menggunakan komputer dalam pekerjaan mereka.
  • Bagaimana
OSS dilaksana berdasarkan beberapa kriteria,antaranya..OSS seharusnya diedarkan secara percuma,OSS harus disertai dengan kod sumber,pengeluar lesen seharusnya membenarkan sebarang pengubahsuaian kepada perisian,semua individu berhad mendapat faedah daripada OSS tanpa sebarang diskriminasi,perisian dan perlesenan seharusnya bersifat teknologi-neutral dan OSS boleh digunakan tanpa sebarang diskriminasi akan tujuan penggunaannya.


  Rumusan diatas merupakan serba sedikit maklumat mengenai OSS.Namun,terdapat satu emel daripada Dr yang menyuruh kami mengaitkan tajuk kami dengan Digital Citizen.Sila lihat post saya di blog seterusnya yang berjudul Perisian Sumber Manusia untuk maklumat selanjutnya.Selepas menyiapkan tugasan ini,saya dapati bahawa tajuk ini amat menarik.OSS..atau Perisian sumber terbuka adalah ssesuatu yang unik,bukan sahaja memberi kebaikan dalam proses pembelajaran,bahkan dapat membaik pulih ekonomi negara dengan mencipta peluang pekerjaan,menjimatkan perbelanjaan syarikat atau kerajaan dan seterusnya dapat menambahkan pendapat negara.

  Oleh hal yang semikian,,tugasan pada minggu ini amat menarik..walaupun terdapat beberapa kesilapan..ditegur oleh pensyarah dan sebagainya..namun berusaha untuk memperbaikinya..sesunguhnya..`manusia tidak lari daripada membuat kesilapan'.....

Pakai baju warna biru
   Pergi ke kuliah pukul satu
Pelajar sentiasa hormatkan guru
   Kerana guru pembekal ilmu......

Sekian,terima kasih.



SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN





SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN


Apa itu Sistem Pengurusan Pembelajaran ?
Sistem Pengurusan Pembelajaran adalah atau lebih dikenali sebagai Learning Managment System(LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran,dokumentasi dan laporan program latihan,kelas serta aktiviti dalam talian,e-learning program dan kadar latihan.LMS merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan MAMPU. MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Open Source Software(OSS). LMS boleh dibahagikan kepada dua kategori,iaitu proprietary dan open source. Contoh LMS proprietary yang biasa digunakan adalah Blackboard manakala contoh bagi LMS open source pula ialah Moodle yang popular dan digunakan secara meluas kerana ia adalah percuma dan boleh di ubah suai.LMS di SPIN misalnya,merupakan sistem pengurusan pegajaran dan pembelajaran interaktif.LMS di UKM SPIN berasaskan web pintar kursus dalam penyampaian enjin yang menggunakan multimedia untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menyokong multimedia bahan-bahan pembelajaran.

Kenapa LMS di jalankan ?
LMS di jalankan bertujuan untuk memudahkan penyampaian kursus  atas talian.LMS telah digunakan secara meluas di universiti dan pusat pengajian tinggi di seluruh dunia. Faktor utama LMS yang menjadi tarikan adalah kos yang secara relatifnya agak rendah dan tahap kemahiran pengguna yang diperlukan juga agak asas.Contohnya di UKM,LMS yang digunakan adalah SPIN.SPIN digunakan untuk memuat turun nota yang disediakan oleh pensyarah,mendapatkan maklumat berkenaan dengan tugasan serta untuk melihat keputusan peperiksaan.Di samping  itu,LMS di SPIN membolehkan pelajar mengetahui tentang pengumuman penting yang diuar-uarkan,membolehkan pelajar menambah atau menggugurkan kursus yang ditawarkan,membolehkan pelajar berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan satu kursus melalui chat real-time,emel dan sebagainya.


Dimana LMS digunakan ?
LMS digunakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi.Selain itu,LMS turut digunakan di SPIN dan yahoogroups.Melalui SPIN,pelajar boleh mengakses maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui sambungan internet.Selain itu,melalui pangkalan Data-Link Web,membolehkan pengesanan pelajar dan computer,merekod dan dapat menganalisis prestasi pelajar.Di samping itu,LMS juga digunakan di yahoogroups melalui kursus komputer dalam pendidikan di Fakulti Pendidikan,UKM.Ia sebagai satu langkah ke arah pembelajaran  secara maya.Para pelajar dan pensyarah yang menyertai kumpulan di dalam yahoogroups akan memperolehi info atau maklumat mengenai pembelajaran di sana serta mewujudkan komunikasi antara pelajar denagn pelajar lain,dan pensyarah secara maya.Selain itu,LMS turut digunakan di Pejabat,Makmal,Bilik Tutorial,dan di dalam kelas.Oleh itu,LMS digunakan dengan menyeluruh pada masa kini.

Siapa yang menggunakan LMS..
LMS digunakan oleh pelajar di sekolah,pelajar di institusi pengajian tinggi,guru, pensyarah,staf-staf  pendidik,ahli peniagaan dan kerani di pejabat.Selain itu,LMS digunakan oleh industri yang dikawal selia (misalnya perkhidmatan kewangan dan biopharma) untuk latihan pematuhan.Selain itu,ia juga digunakan oleh institusi-institusi penyelidikan untuk meningkatkan dan menyokong pengajaran bilik darjah.Contohnya,di UKM,LMS yang digunakan adalah SPIN yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah.

Bagaimana LMS digunakan..
LMS digunakan untuk merancang e-Bahan,mengesan pencapaian pelajar dan mengesan status penggunaan pengguna.Selain itu,LMS harus dapat melakukan pekara-pekara berikut,antaranya adalah
·        Memusatkan dan strategi pembelajaran
·        Menggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan sendiri berpandu
·        Memasang dan menyampaikan kandungan pembelajaran dengan cepat.
·        Menggabungkan inisiatif latihan pada platform berasaskan web yang berskala.
·        Mudah alih sokongan dan standart
·        Menyesuaikan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.
Selain itu,LMS di SPIN menggunakan sistem pengajaran dan pembelajaran interaktif yang memerlukan ID pelajar dan password yang sah bagi memasuki ke halaman SPIN.SPIN digunakan secara interaktif dan mempunyai fungsi yang pelbagai.



Kepentingan LMS adalah
Antara kepentingan LMS adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif.Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.Melalui penggunaan LMS,pelajar juga berpeluang untuk berbincang dengan pakar dari universiti melalui emel atau blackboard.Selain itu,LMS dapat memberikan pelbagai kemudahan samaada untuk pelajar,pengurus kursus,tutor,pengurus pusat pembelajaran.
·        Kelebihan LMS kepada pelajar adalah,dapat merancang pembelajaran,dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya dan memboleh pelbagai maklumat didapati.
·        Kelebihan LMS kepada pengurus pusat pembelajaran pula adalah,untuk menguasai penggunaan suatu perisian kursus dan dan dapat menyalur bahan dari pelbagai sumber.
·        Kelebihan LMS kepada pengurus kursus adalah,dapat mendaftarkan pelajar mengikut kursus serta dapat menjalankan program kepada pelajar.

Senarai Open Source Software yang digunakan oleh LMS..
·        Moodle
·        Adope captive
·        Adope photoshop
·        LINUX
·        DOS
·        UNIX

Sumber rujukan

Wednesday, 5 October 2011

Second week class

Assalamualaikum dan salam sejahtera......


Coretan ini adalah ingin menyatakan apa yang telah saya pelajari pada minggu kedua ini...Pada minggu kedua ini,kami diberi amanahkan untuk membuat tugasan mengenai Sistem Pengurusan Pembelajaran atau LMS.Kandungan tugasan tersebut perlu distrukturkan mengikut persoalan iaitu who?what?where?why?how?.......


  Oleh hal yang sedemikian,saya berusaha untuk mendapatkan maklumat tentang LMS iaitu carian melalui google.Pada permulaannya,maklumat yang diperoleh tidak mencukupi untuk mengikut persoalan tersebut,tetapi saya tetap mencari maklumat yang dirasakan boleh diterima dalam tugasan ini.Berikut adalah rumusan pada permulaan yang dapat saya simpulkan sepanjang pencarian saya berkaitan dengan tugasan ini.


  Apa itu LMS..??LMS adalah merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran,dokumentasi,dan laporan program latihan,kelas serta aktiviti dalam talian,e-learning program dan kadar latihan.Kenapa LMS dijalankan..??LMS dijalankan bertujuan untuk memudahkan penyampaian kursus atas talian.Selain itu,LMS turut menjadi tarikan kerana kos relatifnya agak rendah dan tahap kemahiran pengguna yang diperlukan juga agak asas.Dimana LMS digunakan...??LMG digunakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi.Siapa yang menggunakan LMS..??LMS digunakan oleh pelajar di sekolah,pelajar di institusi pengajian tinggi,guru,pensyarah,pihak pentadbir dan staf-staf pendidik.Bagaimana LMS digunakan..??LMS digunakan untuk merancang e-Bahan,megesan pencapaian pelajar dan mengesan status penngunaan pengguna.


   Selepas menaip semua maklumat yang diperlukan mengikut susunan persoalan,saya terus kongsi maklumat berkaitan LMS ini bersama Dr.Siti Fatimah Mohd Yassin..Namun,pada keesokannya..apabila saya membuka akaun gmail saya,terdapat mesej dari Dr yang menyuruh saya mengaitkan LMS dengan yahoogroups dan SPIN.Oleh hal yang sedemikian,saya terus mencari maklumat tentang kaitan di antara LMS dengan SPIN dan yahoogroups.Berikut merupakan rumusan yang dapat saya simpulkan berkenaan kaitan tersebut.




  • SPIN


  Spin merupakan sitem pengurusan dan pembelajaran interaktif.LMS  pula menggunakan multimedia untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menyokong multimedia bahan-bahan pembelajaran.LMS di SPIN mewujudkan persekitaran pembelajaran,pengajaran yang membolehkan interaksi di antara pensyarah dan pelajar secara maya.LMS di SPIN juga dapat merekod,menyediakan maklumat kursus serta dapat menganalisis pretasi pelajar.LMS di SPIN menyediakan jadual kursus,maklumat tentang kursus,nota daripad pensyarah,dan pengumuman-pengumuman terkini daripada pensyarah.Selain itu,SPIN membolehkan pelajar menambah atau mengugurkan sebarang kursus di universiti.Oleh hal demikian,LMS di SPIN amat bermanfaat kepada para pelajar di UKM.


  • YahooGroups
  YahooGroups juga dikaitkan dengan LMS  kerana yahoogroups merupakan alat perhubungan di dalam kumpulan yang mempraktikkan pembelajaran secara maya.Para pelajar dan pensyarah yang mentertai kumpulan di yahoogroups akan memperolehi maklumat tentang pembelajaran yang dibincangkan melalui yahoogroups.LMS di yahoogroups membolehkan pelajar dan pensyarah yang berkemungkinan sibuk berinteraksi dan pensyarah dapat memastikan tugasan yang diberi dilaksanakan oleh pelajar.Melalui yahoogroups,pelajar dan pensyarah dapat menguplod files pengajaran,pembelajaran dan sebagainya.




 Selepas itu,saya terus ke facebookgroups untuk berbicang tentang LMS bagi memenuhi perfoma yang memastikan..think,pair,share berlaku..namun,perbincangan kurang mendapat sambutan lagi satakat ini..hehehe..Refleksi proses pembelajaran pada minggu ini..kekuatannya,,,dapat memberikan maklumat kepada saya tentang LMS.Sejujurnya,pengetahuan saya tentang LMS selama ini adalah kosong..melalui tugasan minggu kedua ini,saya dapat meningkatkan pengetahuan saya tentang LMS dan seterusnya dapat mengaitkan LMS yang digunakan di UKM ini iaitu SPIN dan yahoogroups.


Sekian,terima kasih....









Sunday, 25 September 2011

First Week Class





Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat pembaca sekalian.....
     Coretan ini adalah coretan pertama saya di
blog ini....Nama di beri Rosmahani Abd Wahab,berasal dari Kemaman,Terengganu.Saya merupakan salah seorang pelajar bertuah kerana terpilih memasuki UKM,terutamanya dalam Fakulti Pendidikan ini,Alhamdullilah.Secara ringkasnya,,blog ini diwujudkan sempena dengan subjek..'Komputer Dalam Pendidikan'.Subjek 'Komputer Dalam Pendidikan' yang dilaksanakan oleh UKM sememangnya subjek yang amat menarik.Hal ini demikian  kerana,subjek ini merupakan pembelajaran yang berasaskan IT dan teknologi terkini dengan menggunakan perisian yahoo,gmail,blog,facebook dan sebagainya.Disamping itu,subjek ini juga menepati kateria pembelajaran terkini iaitu 'e-learning'.
     Sebelum menyiapkan blog ini,pelbagai cabaran dan dugaan yang saya hadapi...antaranya,,selepas sesi taklimat yang diberikan oleh Dr.Siti Fatimah Mohd Yassin,saya dikehendaki membuat 'signature' di yahoo.Signature di yahoo mempunyai banyak kepentingan,antaranya..


  • signature biasanya digunakan untuk menjimatkan masa semasa penghantaran email supaya penerima email sentiasa mengetahui identiti penghantar email walaupun penerima tidak mempunyai rekod penyimpanan maklumat penerima.
  • memberi kemudahan maklumat kepada penerima untuk menghubungi penghantar jika kemudahan internet tidak dapat digunakan.
  • memudahkan penerima yang sentiasa menerima email yang banyak dan masa yang terhad seperti pensyarah dan ahli perniagaan
  • baik digunakan untuk tujuan rasmi.
  • menunjukkan etika personaliti yang baik dengan penghantaran menggunakan signature..

Cara-cara untuk membuat signature adalah...

1)


2)





Hah,sekarang...anda sudah mengetahui apa itu signature kan??
Oleh hal yang demikian,saya terpaksa menukar alamat emel kepada bentuk yang lebih formal.Selain daripada alamat emel,saya terpaksa menukar nama facebook kepada nama sebenar..Selepas segalanya selesai,,iaitu nama penuh,program,institusi pengajian dan alamat yahoo,gmail,facebook dan blog selesai..saya terus menghantar signature tersebut kepada Dr.Siti Fatimah Mohd Yasssin.Penghantaran signature mengambil masa yang agak lama dan kerap kerana signature yang di hantar tidak mencapai perfoma kursus.Sejujurnya,sememangnya kursus ini perlu dibuat dengan penuh etika dan adat yang harus diterapkan untuk menjadi seorang guru pada masa akan datang,insyaAllah....


Selepas signature siap di tulis,saya terus meghantar signature tersebut kepada Dr..cara penghantaran signature adalah seperti menghantar e-Mail biasa iaitu,compose massage  dan send...~lihat gambar di bawah...








   Selepas itu,saya terus ke laman 'facebook'  untuk manambah Dr.Siti Fatimah dan rakan-rakan sekelas sebagai rakan di 'mukabuku'.Beberapa minit kemudian,,saya membuka makluman dan mendapati Dr.Siti Fatimah dengan wajah tersenyum menerima saya sebagai rakan..
Alhamdullilah...seorang doktor ingin bersahabat dengan saya..hehehehe..
   Tugasan terakhir saya adalah..'membuat kumpulan' melalui yahoo dan facebook....kumpulan saya disertai oleh dua orang,iaitu saya..Rosmahani Abd Wahab dan Ema Awang.Tugasan untuk membuat kumpulan memerlukan seperti...


  • Kumpulan yahoo
          Cara untuk mebuat kumpulan di yahoo adalah,pada permulaannya...saya dikehendaki ke                                                        
          URL..http://yahoogroups.com.Selepas itu,saya ke `Browse Groups' ,dan terus memilih` Schools &                                                                                      
          Education'...melalui `Browse Groups' tadi,terdapat pelbagai senarai `School & Education'..dan memilih                                                                                                                            
          pengajian yang saya ikuti,iaitu Pendidikan Khas atau` Special Education'.Selepas itu,barulah saya boleh                  
          memulakan yahoo group saya dengan menekan..`start a special education group'.Saya dikehendaki    
          sign ni ke dalam yahoo mail sebelum memulakan kumpulan yahoo ini.Sebelum itu,,saya dikehendaki                
          mengisi beberapa maklumat penting tentang kumpulan saya.Berikut merupakan beberapa langkah  
          untuk melengkapkan maklumat tentang kumpulan yahoo ini..Akhirnya,barulah saya menjemput    
          pensyarah dan rakan-rakan untuk menyertai kumpulan yahoo saya ini.


1)




2)






3)






4)




Di Yahoo Groups,kita boleh menjemput rakan-rakan menjadi 'members' di dalam yahoo group kita...,di dalam yahoo group,kita boleh mengupload file dan boleh juga create file sebagai rujukan kita.Di samping itu,kita juga boleh meletakkan link-link sebagai sumber rujukan di dalam yahoo group...Sememangnya yahoo groups mempunyai banya kelebihannya..sepatutnya kita pandai memanfaatkannya..


1) Lihat di bawah,banyak fail yang boleh di letakkan di dalam yahoo groups..








Ok..seterusnya,saya perlu membuat kumpulan di facebook..Antara cara-cara untuk membuat facebook groups,adalah...




  • Facebook  Groups..
           Cara untuk membuat kumpulan bagi  facebook tidaklah sesukar kumpulan yahoo.Kumpulan   
           facebook,hanya perlu masuk ke dalam akaun facebook dan terus klip ke buat kumpulan..dan terus          
           melengkapkan langkah-langkah tersebut.Selepas segalanya selesai,saya menjemput pensyarah dan  
           rakan-rakan untuk menyertai kumpulan facebook saya ini.Berikut merupaka contoh laman untuk      
           membuat kumpulan di facebook.




Create Group

Group Name:

Members:
Privacy:

Anyone can see the group and who's in it. Only members see posts.



Selepas selesai membuat facebook groups,saya terus menambah rakan-rakan ke dalam kumpulan saya..Alhamdullilah,sekarang ini..saya mencapai sebanyak 45 orang rakan di dalam facebook groups saya.Berikut merupakan facebook groups saya.








.Kegunaan facebook group dalam pembelajaran Komputer dalam Pendidikan ini adalah bertujuan untuk membuat pembelajaran secara maya,yang menyatakan konsep (Think,Pair,Share)..Selain itu,Facebook group ini membolehkan kita untuk meletakkan beberapa nota melalui create docs..Perbincangan di dalam facebook groups membolehkan kita  berbincang dengan mudah bersama rakan-rakan tentang kursus ini kerana perbincangan hanya di lakukan melalui internet (facebook groups),boleh di lakukukan di mana-mana sahaja.




  Akhirnya...saya menulis blog yang tidak seberapa ini...blog ini merupakan luahan pengalaman saya yang sedang mengikuti kursus 'Komputer Dalam Pendidikan'.
    Kursus ini amat menarik dan memberi manfaat kepada semua pelajar terutamanya saya yang dahulunya lemah dalam pengunaan IT..Sememangnya saya merasakan kursus ini amat menarik,pelbagai cara dan pekara baru yang saya pelajari,Alhamdullilah..Terima kasih Dr.Siti Fatimah Mohd Yassin kerana mengajar kami bagi kursus ini.




Sekian,Terima Kasih......