Wednesday, 30 November 2011

Tugasan minggu 9 & 10

Assalamualaikum dan salam satu malaysia....
 Tugasan pada minggu ini adalah membuat brochure dan booklet..Tetapi,sebelum menyiapkan brochure dan booklet,saya di kehendaki untuk mempelajari tentang Bitmap dan Vector, melalui 2D Graphic Editing Software.Hal ini demikian untuk mengetahui cara mempelajari cara untuk meng'edit' gambar.Berikut merupakan maksud  bitmap dan vektor.

vector:
Suatu format gambar yang disusun berdasarkan vektor dengan tujuan
meminimalisasi penggunaan tempat penyimpanan data. Informasi yang
digunakan diantaranya adalah posisi titik awal, titik akhir dan arahnya
yang dihitung berdasarkan metode matematika (Bezier, Spline, NURBS,
dll) sehingga dapat diperbesar dan diperkecil tanpa merusak kualitasnya.

Bitmap:
Pemetaan bit. Gambar grafis komputer yang terdiri atas titik-titik yang membentuk baris dan kolom.
Citra yang terbentuk terdiri atas titik dan pixel. Pada citra raster,
citra terdiri atas barisan pixel dan bukan vektor yang memiliki
koordinat. Satu titik direpresentasikan oleh satu atau lebih bit data.
Makin banyak bit yang digunakan untuk mempresentasikan satu titik,
makin banyak warna dan bayangan abu-abu yang boleh digambarkan.

Disingkat dengan BMP. Suatu format file atau ekstensinya untuk
format file grafis bit mapped windows yang menyimpan citra sebagai grid
titik-titik atau pixel. Dalam windows atau DOS suatu file bitmap akan
diberi nama seperti : image01.bmp, dimana dibelakang titik (.) ada
ekstensi bmp. File dengan nama seperti ini menunjukkan file jenis bitmap.

Selepas itu,saya terus 'download' GIMP yang di gunakan untuk..

Antara kegunaan GIMP ialah:
· Merekabentuk paparan (rekaletak) untuk laman web
· Melukis imej / grafik / logo
· Menambahbaik dan menyerlahkan lagi imej sedia ada
· Membuat selection terhadap imej
· Memanipulasi imej dengan menggunakan filter

Di bawah,merupakan contoh GIMP yang telah di download..







Selepas ciap mengedit gambar,saya terus membuka microsoft publisher untuk membuat brochure.Cara-cara untuk membuat brochure adalah,
1.    membuka microsoft publisher
tekan brochure..seperti gambar di bawah




    3.Pilih design yang di kehendaki.

    4.


    5.Selepas itu,barulah kita boleh memasukkan gambar yang kita edit tadi,sama ada di GIMP atau paint sebagai background dengan klip format.
    6.Seterusnya,letakkan isi yang di rasa menarik untuk di letakkan di dalam brochure.
    7.Akhir sekali,tukar file daripada microsoft publisher tadi kepada adobe reader dengan klip>file..>publish as PDF or XPS...

    Berikut merupakan contoh brochure saya yang siap dibuat.







    Cara membuat booklet adalah tidak sesukar yang di sangka,cara-caranya adalah,

    1.Buka microsoft word
    2.Klik page loyout..> page setup..> book Fold





    3.letakkan image muka hadapan dan belakang booklet anda melalui image yang telah di 'edit' di GIMP atau paint,.
    4.Isi booklet berpandukan tajuk tugasan yang sebelum ini.

    Berikut merupakan contoh booklet saya yang telah siap di buat..


    .


    Hah,,begitulah sudah cerita saya tentang brochure dan booklet ini...Alhamdullilah,siap sudah membuat buku dan brochure yang agak cantik ni..lalalallala....semoga anda semua mendapat input daripada blog ini...







    Sekian,Terima Kasih...





    Wednesday, 16 November 2011

    Tugasan minggu 7&8

    Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....
    Bertemu kita kembali dalam kursus Komputer dalam Pendidikan ini,pejam celik dah masuk minggu kelapan kursus ini.Semakin lama,semakin banyak cabaran,dugaan yang datang bertubi-tubi dalam kursus ini.Pada minggu ini,saya mempelari sesuatu yang baru,iaitu..Statistical Package for Social Science (SPSS).SPSS diguna pakai untuk menganalisis data.
    1.Kami dikehendaki mengexplore cara menggunakan SPPS.Cara membuka(mengguna dan menutup SPSS adalah..
    - SPSS dibuka satu fail sahaja pada satu masa.
    - Apabila buka fail kedua, fail pertama automatik tertutup
    - Fail yang dibuka tersebut hendaklah dinamakan apabila membuka fail baru (save)
    - Savekan sekerap mungkin apabila sedang memasukkan data kerana SPSS tidak dapat savekan data untuk anda secara automatik apabila berlaku gangguan.
    Variable view
    a. buka butang variable view
    b. Name : id number untuk mengenal pasti setiap sampel / responden.
    c. Type : numeric
    d. Width : default adalah 8
    e. Decimal : boleh diubah
    f. Label : (soalan) atau menamakan variable dengan nama sebenar – lebih panjang
    g.Values : menentukan makna nilai yang digunakan untuk memberi kod kepada variable.
    Contoh ’jantina’.
    - klik dalam kotak ’value’
    - taip ’1’ dalam kotak value
    - taip ’lelaki’ dalam kotak value label
    - klik ’add’ dan ikut langkah yang sama bagi ’2’bagi perempuan’.
    - klik OK apabila selesai
    h. Missing : boleh biarkan kosong (None)
    i. Columns : biasanya 8, boleh kecilkan ikut nama variable.
    j. Measure : nominal, ordinal dan scale ikut jenis ukuran data(yang digunakan adalah nominal)

    Cara-cara untuk menggunakan SPSS adalah..
    ~Tekan variable view
    ~Lengkap variable view dengan menuliss,no_id,umur,dan pelbagai jenis variable..

    Step 1..



    Step 2..~ Pastikan value di tulis,samaada 1 untuk perempuan dan 2 untuk lelaki,1=17 -20 tahun, 2= 21-30 tahun dan sebagainya.



    Step 3..~Di bahagian 'label' yang terdapat di dalam variable view,anda perlu memasukkan soalan yang telah dibuat sebelum ini.




    Setelah semua selesai,...-> pergi ke Dataview untuk memasukkan semua data (seperti gambar di bawah)
    Klik pada setiap kotak untuk mengisi kesemua maklumat @ analisis yang di perolehi.



    Setelah ciap memasukkan data,klik kepada data->Merge..dan klik kepada add variable dan add cases....pastikan variable adalah sama.



    Selepas itu,saya klik Browse-> open file SPSS yang telah disimpan tadi. memasukkan data yang telah disimpan tadi.Seterusnya,klik kepada continue->dan mengaktifkan variables..pastikan variable adalah sama.dan klik ok untuk malihat samaada file/variable sama atau tidak.





    Selepas itu,saya terus mengexplore SPSS ini dengan meneroka cara mempersembahkan data ke dalam bentuk jadual(frequency) dan graf.Cara untuk mempersembahkan data tersebut adalah dengan menekan butang analyze dan seterusnya menekan frequency.











    Selepas itu,pelajar perlu meletakkan variables ke dalam frequency tersebut dan pastikan ianya betul. Selepas siap,tekan ok...dan hasilnya..

    Dalam bentuk jadual 


    Dalam bentuk graf

    Hah,disini....saya ingin berkongsikan kepentingan SPSS adalah..
    1.Untuk melihat perbezaan min satu @ dua kumpulan.
    2.Untuk melihat perbezaan lebih daripada dua kumpulan secara serentak.
    3.Untuk melihat hubungkait antara dua kaedah yang dikaji.

    Setelah selesai membuat SPSS,saya terus membuat perbincangan melalui facebook group saya dan facebook group pasangan saya,berkenaan tema tajuk kajian saya,iaitu Perisian Sumber Terbuka...Dibawah menunjukkan contoh perbincangan kami...

    Perbincangan melalui facebook group saya




    Perbincangan melalui facebook groups pasangan


    Akhir sekali,kami (saya dan pasangan) berbincangan untuk membuat laporan mengenai data tersebut ke dalam bentuk jurnal.Oh,sememangnya untuk membuat laporan dalam bentuk jurnal ini amat sukar,so...usaha kena lebih sedikit lah...Laporan dalam formal jurnal perlu mempunyai,,

    1. Tajuk
    2. abstrak
    3. pengenalan
    4. Kajian lepasan
    5. Metadologi
    6. Finding
    7. Perbincangan
    8. Penutup
    9. Rujukan
    Selepas pelbagai sumber di rujuk,selepas membuat beberapa analisis daripada soalan,Loparan mengikut Jurnal Artikel Format akhirnya telah di ciapkan..Segala usaha yang di lakukan akhirnya berjaya dengan penghasilan Laporan Mengikut Jurnak Artikel Format dalam masa yang telah ditetapkan..Alhamdullilah....





    Setakat ini sahaja coretan saya buat kali ini...
    Sekian,terima Kasih...

    Monday, 24 October 2011

    Sixth Week Class

    Salam dan selamat sejahtera kepada semua,salam 1 Malaysia.....
      Pejam celik,pejam celik,dah masuk minggu keenam bagi kursus Komputer dalam Pendidikan ini.Jika diimbas kembali,pastinya teringat akan pada mulanya kursus ini,,memang banyak tekanan serta sering di marahi oleh Dr,kerana terlalu banyak kesilapan dibuat..hehehe,tapi semua itu dahulu,sekarang pembelajaran bertumpu pada diri sendiri.Hanya merujuk proforma.Tiada lagi sesiapa yang ingin ambil kisah tentang tugasan Komputer dalam Pendidikan sekarang.Eeeem,,rasanya bosan juga tiada orang nak marahkan kita nie,,hehe.
       Tugasan pada minggu 6 ini adalah dikehendaki untuk membuat mini research melalui tugasan yang lepas.Proses untuk membuat mini research ini,bagi saya amat menarik..Pada mulanya,saya dikehendaki melayari laman web tersebut untuk mengetahui pekara asas tentang cara dan proses dalam membuat/merangka soalan.3 Link URL tersebut adalah.:

    Selepas itu,saya membuka Link untuk ke SurvayMokey melalui Link,www.surveymonkey.com....untuk menulis soalan melalui survaymonkey saya perlu membuka akaun terlebih dahulu.Selepas itu,saya terus sign in.Melaluinya,saya merangka dan terus menulis soalan mengenai tajuk tugasan saya,iaitu Perisian sumber Terbuka(OSS).
    Cara-cara untuk membuat soalan di survey monkey adalah,

    Step 1


    Step 2


    Step 3 



    Selepas itu,saya postkan soalan tersebut ke Fb Groups saya,dan menjemput rakan-rakan untuk menjawab soalan saya.Terdapat pelbagai komen daripada rakan-rakan,Alhamdullilah..soalan saya di jawab oleh mereka..

    Seterusnya,saya terus menulis soalan saya melalui googledoc.Di google doc,saya perlu melalui beberapa langkah iaitu,pada mulanya,saya perlu menggunakan alamat gmail saya untuk menggunakan googledoc.Selepas itu,saya klip kepada butang document.Melaluinya saya terus menekan form.Kali ini,saya perlu menulis soalan menggunakan form.Selapas siap menulis semua soala,saya menyimpan,dan cuba mengedit semula soalan tersebut.Untuk mencantikkan soalan tersebut,saya masukkan tema.Saya memilih tema bunga,saya amat menyukai bunga,bunga itu indah,cantik....Berikut merupakan langkah-langkah untuk saya membuat soalan(Form) di dalam Google docs...

    1) Step 1




    2) Step 2



    3) Step 3



    4)Step 4


    Step last??hah...masukkan tema atas minat masing-masing.Saya minat bunga..So,saya pilih design bunga..lalala...Berikut merupakan hasil soalan+design yang telah ciap di buat di docs.google..



    Selepas itu,barulah saya memasukkan semua soalan saya yang di buat melalui surveymonkey,googledocs ke dalam Fbgroups,Fb personal,yahoogroup,dan analisis tentang soalan tersebut di Link Yahoogroup Dr.Siti Fatimah Mohd Yassin.

    Soalan yang telah di masukkan ke dalam Facebook groups..



    Folder Links yang telah di masukkan ke dalam Database Yahoo groups Dr.Siti Fatimah Mohd Yassin..




    Selepas itu,saya printkan 10soalan yang telah dibuat di googledocs.Oleh hal yang sedemikian,saya terpaksa mencari 10 orang rakan-rakan yang dari fakulti yang lain untuk menjawab soalan tersebut dengan memberikan soalan yang telah diprintkan tadi.Analisis daripada rakan-rakan tersebut(yang diprint) diambil daripada rakan yang pelbagai fakulti,tidak tertumpu kepada fakulti pendidikan sahaja dan tahun pengajian yang berbeza.Hal ini demikian kerana,rakan-rakan fakulti pendidikan semestinya telah menjawab semua soalan yang telah dipostkan melalui Fbgroups........

    Sokongan dan kerjasama daripada rakan-rakan amat dihargai.Tidak disangka,sokongan mereka amat menggalakkan...Melalui blog ini,saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah memberikan sokongan dan komitmen untuk menjawab soalan saya....


    Sekian,Terima Kasih.....

    Wednesday, 19 October 2011

    Laporan:APA YANG PERLU MALAYSIA LAKUKAN UNTUK MENGAPLIKASIKAN PENGGUNAAN PERISIAN SUMBER TERBUKA




    PENGENALAN

    Perisian Sumber Terbuka (OSS) bermula sejak awal tahun 1960-an apabila komputer komersial pertama,iaitu International Business Machines (IBM) diperkenalkan.Perisian sistem operasi yang disediakan untuk komputer ini adalah percuma di mana pengguna boleh berkongsi dengan pengguna lain kod sumber terbukanya yang boleh dikuasai dan diperbaiki. Walau bagaimanapun, keadaan tersebut berubah pada akhir 1960-an,iaitu IBM tidak lagi membekalkan perisian berkenaan dan model perisian komersial pada pertengahan tahun 1970-an.Pengguna Perisian Sumber Terbuka sekarang diasaskan oleh dua kumpulan utama yang mendukung Perisian Sumber Terbuka secara percuma di Amerika Syarikat,iaitu 1.Richard Stallman dari Makmal Kepintaran Buatan (MIT) yang telah membangunkan projek GNU dan Yayasan Perisian Bebas 2.Kumpulan Penyelidikan Sains Komputer daripada Uiversiti California di Berkeley untuk mempertingkatkan dan memperbaiki sistem UNIX serta membangunkan pelbagai aplikasi yang dikenali sebagai BSDUnix .Pada pertengahan tahun 1990-an,semakin banyak projek OSS yang dihasilkan seperti Apache,Perl,XFree86,Mozilla,GNOME,dan KDE.
    Laporan ini bertujuan untuk mengetahui apa yang Malaysia perlu lakukan dalam mengaplikasikan Perisian Sumber Terbuka (OSS) ini.
    Kepentingan kajian OSS ini terbahagi kepada empat,iaitu strategik,teknologi,ekonomi, dan sosial.Melalui strategik, penggunaan OSS adalah untuk pembelajaran dan inovasi,pembinaan keupayaan negara,mudah keluar masuk pasaran serta dapat meningkatkan keselamatan negara.Melalui teknologi,penggunaan OSS adalah dapat meningkatkan Inter-Operability,mendapat sokongan teknologi global serta dapat meningkatkan daya saing teknologi.Melalui ekonomi,penggunaan OSS dapat meningkatkan daya saing pasaran,penjimatan MataWang Asing/Fee,bebas pembekal,da dapat mewujudkan perkhidmatan baru.Melalui sosial,pengunaan OSS dapat capaian maklumat,mengurangkan jurang digital serta dapat menjalinkan perkongsian kerjasama global.Malaysia telah melancarkan Pelan Induk OSS Sektor Awam Malaysia.Pelan Induk OSS dirumuskan melalui rundingan melibatkan agensi-agensi kerajaan,institusi-institusi pengajian tinggi dan pertubuhan-pertubuhan tanpa keuntungan.Pelan Induk OSS telah dilancarkan pada 16 Julai 2004 yang dipertanggungjawabkan oleh MAMPUuntuk menerajui OSS di sektor awam.Arah tuju kerajaan Malaysia melalui OSS adalah untuk mengurangkan jumlah kos pemilikan,meningkatkan kebebasan memilih penggunaan perisian,meningkatkan interoperability antara sistem-sistem,meningkatkan pertumbuhan industri ICT,meningkatkan pengguna OSS dan komuniti pemaju serta mengurangkan jurang digital.Perisian Sumber Terbuka(OSS) adalah sumber maklumat,kod,gambar,peta,pengarang,dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat dan boleh diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja.OSS juga adalah koleksi perisian pengaturan komputer (kod sumber) di mana,kod sumbernya boleh di muat turun untuk dilihat,dikaji,diubahsuai,diedar mengikut syarat perlesenan asal,serta melarang sebarang sekatan atau diskriminasi.Pada mulanya,OSS dibangunkan oleh komuniti global yang terdiri daripada pasukan-pasukan pembangunan perisian di marata dunia yang diketuai oleh pembangunan teras asal.Pembangunan-pembangunan tersebut telah memuat turun, mengubahsuai, memuatnaik kepada internet untuk perkongsian kod sumber.Komuniti global tersebut telah mendapat sokongan daripada syarikat I.T yang membekalkan kod-kod sumber tersebut.





    KAJIAN LEPAS

    Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti apakah tindakan Malaysia dalam mengaplikasikan penggunaan Perisian Sumber Terbuka.Dalam kajian berkenaan,Malaysia telah menjalankan beberapa tindakan dalam mengaplikasikan Perisian Sumber Terbuka ini,antaranya adalah melalui Pelan Induk OSS yang dilancarkan pada 16 Julai 2004.Kajian mendapati,Pelan Induk OSS ini diwakili oleh pihak MAMPU,MOE,MOSTI dan Attorney General.Antara strategi Pelan Induk OSS adalah 1.Membangunkan Pelan Pelaksanaan Teknikal OSS untuk sektor awam 2.Melantik agensi bertanggungjawab untuk memantau dan memandu pelaksanaan OSS 3.Melatih dan membangunkan OSS bagi menyokong pelaksanaan OSS 4.Menggalakkan kretiviti dan inovasi melalui R@D untuk berdayasaing 5.Pembangunan polisi & halatuju perundangan yang berterusan untuk penggunaan dan penghasilan OSS 6.Menyediakan insentif untuk memajukan pembangunan bagi penyelesaian OSS 7.Mengoptimumkan sumber melalui galakan perkongsian pintar dengan organisasi berkaitan.Terdapat lima projek perintis melalui Pelan Induk OSS iaitu,Kementerian Pelajaran (MOE) -Learning Management System (LMS), Kementerian Kewangan-Tresury Portal Upgrade & EIDS, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)- eSILA, dan Kementerian Wanita,Keluarga & Pembangunan Masyarakat- NurITA. Kajian mendapati bahawa,5 projek perintis tersebut telah mencapai penjimatan melalui pengurangan penggunaan perisian proprietary iaitu,80% penjimatan dalam keseluruhan kos perlesenan,58% pengurangan dalam usaha-usaha pembangunan dan perunding,7% penjimatan dalam perkhidmatan sokongan perisian dan 30.5% dalam kos keseluruhan (RM2.6 Juta).Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa,melalui 5 projek rintis OSS tersebut,Keluaran Negara Kasar (KNK) yang dikeluarkan untuk perbelanjaan luar negara akan dapat dikurangkan serta pendapatan negara dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan meningkat.
    Kajian di Universiti Putra Malaysia (UPM),25 Februari 2010 pula mendapati bahawa,OSS dapat menjimatkan kos pelajar dan universiti.Kajian ini mendapati pengunaan Malaysia dalamm mengaplikasikan OSS ini dapat memberi manfaat kepada banyak pihak.Melalui kajian ini didapati bahawa,OSS dapat menjimatkan kos pelajar dan universiti kerana OSS menawarkan pakej harga yang murah dan percuma berbanding perisian proprietary (berlesen).Kajian mendapati bahawa,Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM),Prof.Madya Dr.Abdul Azim Abd Ghani menyatakan bahawa,sesebuah fakulti terpaksa menanggung kos yang terlalu tinggi untuk membuka sebuah makmal komputer kerana harga perisian proprietary mencecah sehingga RM250 satahun.
    Kajian Ghosh,(2004) dalam laporan FLOSS (Free Libre Open Source System) melaporkan bahawa potensi penggunaan sumber terbuka oleh segelintir pakar teknologi dalam membangunkan sumber terbuka telah memberikan pelbagai sumbangan melalui pendidikan.Kajian Ghosh di negara Bhutan pula mandapati bahawa negara membangun yang miskin terpaksa membayar jumlah yang berkali ganda dari pendapatan negara kasar (GDP) mereka untuk mendapatkan lesen dan perisian tulen.Kajian Ghosh (2004) juga mendapati faktor keuntungan bukan faktor utama dalam penggunaan Perisian Sumber Terbuka.Dapatan kajian menunjukkan bahawa,hanya 13% sahaja pengguna sumber terbuka menggunakan perisian ini untuk mencapai keuntungan.Kebanyakkan menggunakan perisian ini untukmenambahkan ilmu pengetahuan,mempelajari serta membangunkan ilmu baru.
    Kajian mendapati bahawa Malaysia mengambil keputusan yang bijak dengan mengaplikasikan penggunaan OSS ini kerana dapat meringankan beban kewangan yang harus dipikul terutamanya di negara membangun seperti Malaysia.Cabaran utama dalam mengaplikasikan teknologi pembelajaran atas talian ini ke dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan adalah mengadaptasi pekara yang berkaitan dengan dasar pendidikan sesebuah negara,pendekatan pedagogi dan teori pembelajaran.Kajian dalam penyelidikan (Adam dan Morgan 2007) menunjukkan penggunaan OSS dalam bidang pendidikan dapat memberi kelebihan kepada golongan pendidik dan pentadbir laman web untuk mengolah dan membina kandungan perisian mengikut acuan dan kehendak pedagogi sesebuah institusi tinggi yang diwakili.
    Secara keseluruhannya,kajian lepas melaporkan bahawa Malaysia telah melakukuan pelbagai cara dalam mengaplikasikan pengunaan Perisian Sumber Terbuka ini.Pada masa yang sama, OSS ini telah digunakan di banyak negara kerana menyedari akan faedah dan kepentingannya daripada pelbagai sudut,iaitu ekonomi,sosial,pendidikan,strategik dan sebagainya.


    PERBINCANGAN

    Perisian Sumber terbuka telah berjaya mengubah dunia industri teknologi maklumat dan komunikasi dengan mengurangkan harga perisian serta dapat meningkatkan nilai tambah yang tinggi dalam organisasi.OSS satu-satunya perisian yang membenarkan penggunaan secara percuma dan tidak bersifat komersial.Malaysia talah melakukan pelbagai cara dalam mengaplikasikan penggunaan OSS ini.Kini OSS telah digunakan pelbagai tempat dan penggunaanya mendapatkan sambutan oleh semua organisasi.Setiap individu yang mempunyai akses internet menginginkan perkhidmatan yang percuma.Sebagai warga pendidik yang sentiasa berdampingan dengan ilmu pengetahuan hendaklah memanfaatkan penggunaan teknologi ini dan mengaplikasikannya dal setiap pekara yang dilakukan.Di Malaysia,walaupun pendedahan kepada sumber terbuka ini terutamanya dalam pendidikan di sekolah masih belum meluas,namun telah ramai ahli akademik memilih kaedah ini untuk memberikan altenatif kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka.Teknologi ini bukan sahaja menjanjikan kebaikan dari segi ilmu pemgetahuan,malah ia juga tidak memerlukan kos kewangan yang tinggi sepertimana yang terdapat di pasaran.Malaysia juga seharusnya membangunkan kemampuannya di dalam OSS,termaksud mewujudkan industri dalam bidang OSS ini bagi menjamin kedaulatan negara agar tidak terancam oleh mereka yang hendak mengambil kesempatan terhadap kelemahan sesebuah negara,terutamanay dalam ICT.Hal ini demikian kerana,perisian yang ada di pasaran kini tidak membenarkan mana-mana pakar komputer di negara ini untuk melihat kod sumber perisian berkenaan.Kelemahan ini menyebabkan manipulasi kuasa besar,terutamanya bagi mendapatkan rahsia dan maklumat sulit negara.Oleh hal yang sedemikian,Malaysia perlu bergerak lebih aktif dalam mengaplikasikan penggunaan OSS terhadap pelbagai aspek untuk memastikan negara Malysia melangkah setanding dengan negara-negara maju yang lain.


    SUMBER RUJUKAN


    http://journalarticle.ukm.my/1490/1/NORAZAH.pdf
    http://psasir.upm.edu.my/4640/1/OSS.pdf
    http://www.mampu.gov.my/pdf/5-OSS.pdf






    Fifth Week Class

    Assalamualaikum dan Salam sejahtera......
    Minggu kelima adalah minggu yang paling mencabar sepanjang tugasan Komputer dalam Pendidikan yang pernah saya lalui setakat ini.Berikut adalah serba sedikit refleksi saya terhadap tugasan 4 pada minggu ini.Tugasan pada minggu kelima ini adalah...
    Perlu mencari proses penyelidikan melalui...

    Proses pencarian penyelidikan sememangnya agak mudah kerana di dalam proforma sudah menyediakan link URL untuk pencarian proses penyelidikan tersebut.Namun,setelah mengunjungi website tersebut,saya masih kurang faham kajian tentang penyelidikan yang di tunjukan melalui website tersebut..


    Proses proforma yang seterusnya adalah untuk mencari atau mengunjungi URL bagi Kajian Lepas atau Literature Review.Melalui proforma,saya mengunjungi website tentang Kajian Lepas di alamat URL tersebut....
    Terdapat dua kepentingan utama dalam penulisan Kajian Lepas atau Literature Review iaitu:
    • Menjadi asas kepada anda (dan pembaca) mengetahui kedudukan kajian anda dalam perkembangan pengetahuan dan kajian-kajian lepas dalam bidang yang sama sejak dulu hingga sekarang.
    • Menjadi asas penentuan skop dan fokus kajian anda kerana bidang yang anda kaji adalah luas. Penentuan ini dilakukan dengan mengambil teori tertentu sahaja, menghadkan pemilihan variabel, penggunaan sampel tertentu, pemilihan metodologi kajian dan teknik analisis data.

    Selepas itu, saya terus ke tugasan seterusnya iaitu ke carian bahan-bahan pembelajaran untuk tugasan 4 ini..Melalui profoma telah disediakan URL untuk pencarian bahan-bahan mengenai tajuk tugasan kami.URL ini jesteru lebih memudahkan saya untuk membuat pencarian tentang arikel jurnal dari ukm,dari cambrige dan sebagainya melalui link yang telah diberikan iaitu..


    Melalui link yang telah diberikan,

    Melalui link yang diberi,,saya mencari artikel jurnal dari UKM menggunakan link yang diberi.Alhamdullilah,setelah pencarian demi pencarian saya menemui beberapa artikel jurnal.Berikut merupakan alamat URL jurnal yang saya temui dan berkongsi link tersebut dengan postkannya di Facebook group..  .


    Selepas itu,saya terus mencari artikel melalui google scholar melalui link yang telah diberikan di dalam proforma.Disini,saya dapati pelbagai info mengenai tajuk tugasan saya.Saya menemui tiga arrikel melalui google scholar dan terus postkan link tersebut ke Facebook group..Berikut adalah alamat URL tentang tugasan saya yang ditemui di google scholar..

    Kemudian,saya terus mancari buku di googlebook tentang tajuk tugasan saya,iaitu Perisian Sumber Terbuka.Melalui googlebook,pelbagai buku-buku ilmiah ditemui.Seterusnya,saya terus postkan link berkenaan buku tersebut di Facebookgroups saya.Googlebook ini menyediakn pelbagai bahan-bahan ilmiah.Sebelum ini,saya tidakl pernah menggunakan googlebook ini,selepas ini,saya akan terus mangaplikasikan googlebook dalam pelbagai pembelajatan untuk mncari sumber rujukan tambahan.Berikut adalah buku yang saya temui di googlebook..




        Namun,perbincangan di dalam Facebook group kurang mendapat sambutan.InsyaAllah..selepas ini,saya akan cuba mengaktifkan diri melalui perbincangan di Facebook group tersebut..Selepas itu,saya perlu melaksanakan satu tugasan lagi iaitu Laporan mengenai (Apa yang Perlu Malaysia Lakukan) dan kaitkan dengan tajuk tugasan saya.Penulisan laporan ini amat mencabar.Saya mencari seberapa maklumat yang penting untuk mengetahui isi kandungan laporan di universiti dan cara-cara penulisan kajian lepas yang betul..saya  mulakan penulisan laporan dengan menggunakan OpenOffice Writer.Untuk memulakan penulisan laporan,saya dikehendaki memuat turun OpenOffice melalui internet.Proses untuk memuat turun OpenOffice ini mengambil masa yang agak panjang iaitu lebih kurang 30 minit.Berikut merupakan OpenOffice yang telah di download melalui internet.




    Selepas itu,saya memulakan penulisan laporan tugasan 4 ini di OpenOffice Writer.Penulisan melalui OpenOffice Writer sememangnya amat berbeza dengan Microsoft Word.Perbezaannya adalah..

    Microsoft Office mengandungi beberapa software seperti Word, Excel, Powerpoint dan sebagainya.Microsoft Word digunakan untuk menulis surat, membuat resume, lapuran dan sebagainya dan format .doc.Cuma.Microsft Office merupakan produk bukan percuma. Kita memerlukan lesen untuk diinstall ke dalam pc. ramai pengguna perisian  mencari alternatif yang lebih murah atau percuma bagi menggantikan produk keluaran microsoft ini. Antara yang popular adalah seperti OpenOffice.Cuma beza di antara kedua produk ini..satu percuma dan satu lagi kena bayar.


    Open Office
    Microsoft Office
    Writer
    Word
    Calc
    Excel
    Impress
    Powerpoint
    Base
    Access
    v
    KELEBIHAN OPEN OFFICE

    v OpenOffice mudah digunakan.

    v  Tidak diganggu oleh software update yang terlalu kerap                                                        jika menggunakan Microsoft Office 

    v Percuma

    v Lebih user friendly.

    v  Penggunaan ram pc yang rendah memastikan penggunaan OpenOffice dengan lebih berkesan dan lancar. 

     Selepas penulisan siap,saya mengupload penulisan laporan di yahoogroups dan googledoc.
        Selepas itu,saya membuat folder yang baru melalui tugasan minggu 5 dan menambah fail dalam tugasan minggu 5 tersebut dengan meletakkan semua rujukan yang ditemui sepanjang tugasan ini...
      
    Akhir kata,sememangnya tugasan Komputer dalam Pendidikan ini...semakin lama,semakin mencabar..namun....saya tetap dan cuba menyiapkan tugasan sebelum keesokkan hari kelas bermula....Walaupun betul atau salah cara saya membuat tugasan ini,namun...Usaha adalah penting....daripada tidak melakukan apa-apa....
    Sekian,terima kasih...