Wednesday 19 October 2011

Laporan:APA YANG PERLU MALAYSIA LAKUKAN UNTUK MENGAPLIKASIKAN PENGGUNAAN PERISIAN SUMBER TERBUKA




PENGENALAN

Perisian Sumber Terbuka (OSS) bermula sejak awal tahun 1960-an apabila komputer komersial pertama,iaitu International Business Machines (IBM) diperkenalkan.Perisian sistem operasi yang disediakan untuk komputer ini adalah percuma di mana pengguna boleh berkongsi dengan pengguna lain kod sumber terbukanya yang boleh dikuasai dan diperbaiki. Walau bagaimanapun, keadaan tersebut berubah pada akhir 1960-an,iaitu IBM tidak lagi membekalkan perisian berkenaan dan model perisian komersial pada pertengahan tahun 1970-an.Pengguna Perisian Sumber Terbuka sekarang diasaskan oleh dua kumpulan utama yang mendukung Perisian Sumber Terbuka secara percuma di Amerika Syarikat,iaitu 1.Richard Stallman dari Makmal Kepintaran Buatan (MIT) yang telah membangunkan projek GNU dan Yayasan Perisian Bebas 2.Kumpulan Penyelidikan Sains Komputer daripada Uiversiti California di Berkeley untuk mempertingkatkan dan memperbaiki sistem UNIX serta membangunkan pelbagai aplikasi yang dikenali sebagai BSDUnix .Pada pertengahan tahun 1990-an,semakin banyak projek OSS yang dihasilkan seperti Apache,Perl,XFree86,Mozilla,GNOME,dan KDE.
Laporan ini bertujuan untuk mengetahui apa yang Malaysia perlu lakukan dalam mengaplikasikan Perisian Sumber Terbuka (OSS) ini.
Kepentingan kajian OSS ini terbahagi kepada empat,iaitu strategik,teknologi,ekonomi, dan sosial.Melalui strategik, penggunaan OSS adalah untuk pembelajaran dan inovasi,pembinaan keupayaan negara,mudah keluar masuk pasaran serta dapat meningkatkan keselamatan negara.Melalui teknologi,penggunaan OSS adalah dapat meningkatkan Inter-Operability,mendapat sokongan teknologi global serta dapat meningkatkan daya saing teknologi.Melalui ekonomi,penggunaan OSS dapat meningkatkan daya saing pasaran,penjimatan MataWang Asing/Fee,bebas pembekal,da dapat mewujudkan perkhidmatan baru.Melalui sosial,pengunaan OSS dapat capaian maklumat,mengurangkan jurang digital serta dapat menjalinkan perkongsian kerjasama global.Malaysia telah melancarkan Pelan Induk OSS Sektor Awam Malaysia.Pelan Induk OSS dirumuskan melalui rundingan melibatkan agensi-agensi kerajaan,institusi-institusi pengajian tinggi dan pertubuhan-pertubuhan tanpa keuntungan.Pelan Induk OSS telah dilancarkan pada 16 Julai 2004 yang dipertanggungjawabkan oleh MAMPUuntuk menerajui OSS di sektor awam.Arah tuju kerajaan Malaysia melalui OSS adalah untuk mengurangkan jumlah kos pemilikan,meningkatkan kebebasan memilih penggunaan perisian,meningkatkan interoperability antara sistem-sistem,meningkatkan pertumbuhan industri ICT,meningkatkan pengguna OSS dan komuniti pemaju serta mengurangkan jurang digital.Perisian Sumber Terbuka(OSS) adalah sumber maklumat,kod,gambar,peta,pengarang,dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat dan boleh diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja.OSS juga adalah koleksi perisian pengaturan komputer (kod sumber) di mana,kod sumbernya boleh di muat turun untuk dilihat,dikaji,diubahsuai,diedar mengikut syarat perlesenan asal,serta melarang sebarang sekatan atau diskriminasi.Pada mulanya,OSS dibangunkan oleh komuniti global yang terdiri daripada pasukan-pasukan pembangunan perisian di marata dunia yang diketuai oleh pembangunan teras asal.Pembangunan-pembangunan tersebut telah memuat turun, mengubahsuai, memuatnaik kepada internet untuk perkongsian kod sumber.Komuniti global tersebut telah mendapat sokongan daripada syarikat I.T yang membekalkan kod-kod sumber tersebut.





KAJIAN LEPAS

Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti apakah tindakan Malaysia dalam mengaplikasikan penggunaan Perisian Sumber Terbuka.Dalam kajian berkenaan,Malaysia telah menjalankan beberapa tindakan dalam mengaplikasikan Perisian Sumber Terbuka ini,antaranya adalah melalui Pelan Induk OSS yang dilancarkan pada 16 Julai 2004.Kajian mendapati,Pelan Induk OSS ini diwakili oleh pihak MAMPU,MOE,MOSTI dan Attorney General.Antara strategi Pelan Induk OSS adalah 1.Membangunkan Pelan Pelaksanaan Teknikal OSS untuk sektor awam 2.Melantik agensi bertanggungjawab untuk memantau dan memandu pelaksanaan OSS 3.Melatih dan membangunkan OSS bagi menyokong pelaksanaan OSS 4.Menggalakkan kretiviti dan inovasi melalui R@D untuk berdayasaing 5.Pembangunan polisi & halatuju perundangan yang berterusan untuk penggunaan dan penghasilan OSS 6.Menyediakan insentif untuk memajukan pembangunan bagi penyelesaian OSS 7.Mengoptimumkan sumber melalui galakan perkongsian pintar dengan organisasi berkaitan.Terdapat lima projek perintis melalui Pelan Induk OSS iaitu,Kementerian Pelajaran (MOE) -Learning Management System (LMS), Kementerian Kewangan-Tresury Portal Upgrade & EIDS, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)- eSILA, dan Kementerian Wanita,Keluarga & Pembangunan Masyarakat- NurITA. Kajian mendapati bahawa,5 projek perintis tersebut telah mencapai penjimatan melalui pengurangan penggunaan perisian proprietary iaitu,80% penjimatan dalam keseluruhan kos perlesenan,58% pengurangan dalam usaha-usaha pembangunan dan perunding,7% penjimatan dalam perkhidmatan sokongan perisian dan 30.5% dalam kos keseluruhan (RM2.6 Juta).Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa,melalui 5 projek rintis OSS tersebut,Keluaran Negara Kasar (KNK) yang dikeluarkan untuk perbelanjaan luar negara akan dapat dikurangkan serta pendapatan negara dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan meningkat.
Kajian di Universiti Putra Malaysia (UPM),25 Februari 2010 pula mendapati bahawa,OSS dapat menjimatkan kos pelajar dan universiti.Kajian ini mendapati pengunaan Malaysia dalamm mengaplikasikan OSS ini dapat memberi manfaat kepada banyak pihak.Melalui kajian ini didapati bahawa,OSS dapat menjimatkan kos pelajar dan universiti kerana OSS menawarkan pakej harga yang murah dan percuma berbanding perisian proprietary (berlesen).Kajian mendapati bahawa,Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM),Prof.Madya Dr.Abdul Azim Abd Ghani menyatakan bahawa,sesebuah fakulti terpaksa menanggung kos yang terlalu tinggi untuk membuka sebuah makmal komputer kerana harga perisian proprietary mencecah sehingga RM250 satahun.
Kajian Ghosh,(2004) dalam laporan FLOSS (Free Libre Open Source System) melaporkan bahawa potensi penggunaan sumber terbuka oleh segelintir pakar teknologi dalam membangunkan sumber terbuka telah memberikan pelbagai sumbangan melalui pendidikan.Kajian Ghosh di negara Bhutan pula mandapati bahawa negara membangun yang miskin terpaksa membayar jumlah yang berkali ganda dari pendapatan negara kasar (GDP) mereka untuk mendapatkan lesen dan perisian tulen.Kajian Ghosh (2004) juga mendapati faktor keuntungan bukan faktor utama dalam penggunaan Perisian Sumber Terbuka.Dapatan kajian menunjukkan bahawa,hanya 13% sahaja pengguna sumber terbuka menggunakan perisian ini untuk mencapai keuntungan.Kebanyakkan menggunakan perisian ini untukmenambahkan ilmu pengetahuan,mempelajari serta membangunkan ilmu baru.
Kajian mendapati bahawa Malaysia mengambil keputusan yang bijak dengan mengaplikasikan penggunaan OSS ini kerana dapat meringankan beban kewangan yang harus dipikul terutamanya di negara membangun seperti Malaysia.Cabaran utama dalam mengaplikasikan teknologi pembelajaran atas talian ini ke dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan adalah mengadaptasi pekara yang berkaitan dengan dasar pendidikan sesebuah negara,pendekatan pedagogi dan teori pembelajaran.Kajian dalam penyelidikan (Adam dan Morgan 2007) menunjukkan penggunaan OSS dalam bidang pendidikan dapat memberi kelebihan kepada golongan pendidik dan pentadbir laman web untuk mengolah dan membina kandungan perisian mengikut acuan dan kehendak pedagogi sesebuah institusi tinggi yang diwakili.
Secara keseluruhannya,kajian lepas melaporkan bahawa Malaysia telah melakukuan pelbagai cara dalam mengaplikasikan pengunaan Perisian Sumber Terbuka ini.Pada masa yang sama, OSS ini telah digunakan di banyak negara kerana menyedari akan faedah dan kepentingannya daripada pelbagai sudut,iaitu ekonomi,sosial,pendidikan,strategik dan sebagainya.


PERBINCANGAN

Perisian Sumber terbuka telah berjaya mengubah dunia industri teknologi maklumat dan komunikasi dengan mengurangkan harga perisian serta dapat meningkatkan nilai tambah yang tinggi dalam organisasi.OSS satu-satunya perisian yang membenarkan penggunaan secara percuma dan tidak bersifat komersial.Malaysia talah melakukan pelbagai cara dalam mengaplikasikan penggunaan OSS ini.Kini OSS telah digunakan pelbagai tempat dan penggunaanya mendapatkan sambutan oleh semua organisasi.Setiap individu yang mempunyai akses internet menginginkan perkhidmatan yang percuma.Sebagai warga pendidik yang sentiasa berdampingan dengan ilmu pengetahuan hendaklah memanfaatkan penggunaan teknologi ini dan mengaplikasikannya dal setiap pekara yang dilakukan.Di Malaysia,walaupun pendedahan kepada sumber terbuka ini terutamanya dalam pendidikan di sekolah masih belum meluas,namun telah ramai ahli akademik memilih kaedah ini untuk memberikan altenatif kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka.Teknologi ini bukan sahaja menjanjikan kebaikan dari segi ilmu pemgetahuan,malah ia juga tidak memerlukan kos kewangan yang tinggi sepertimana yang terdapat di pasaran.Malaysia juga seharusnya membangunkan kemampuannya di dalam OSS,termaksud mewujudkan industri dalam bidang OSS ini bagi menjamin kedaulatan negara agar tidak terancam oleh mereka yang hendak mengambil kesempatan terhadap kelemahan sesebuah negara,terutamanay dalam ICT.Hal ini demikian kerana,perisian yang ada di pasaran kini tidak membenarkan mana-mana pakar komputer di negara ini untuk melihat kod sumber perisian berkenaan.Kelemahan ini menyebabkan manipulasi kuasa besar,terutamanya bagi mendapatkan rahsia dan maklumat sulit negara.Oleh hal yang sedemikian,Malaysia perlu bergerak lebih aktif dalam mengaplikasikan penggunaan OSS terhadap pelbagai aspek untuk memastikan negara Malysia melangkah setanding dengan negara-negara maju yang lain.


SUMBER RUJUKAN


http://journalarticle.ukm.my/1490/1/NORAZAH.pdf
http://psasir.upm.edu.my/4640/1/OSS.pdf
http://www.mampu.gov.my/pdf/5-OSS.pdf






No comments:

Post a Comment