Saturday 8 October 2011

PERISIAN SUMBER TERBUKA




PERISIAN SUMBER TERBUKA


Apa

Perisian Sumber Terbuka(OSS) adalah sebuah perisian bebas yang memberikan kemudahan penyalinan dan penyebaran kerana persamaaan kod-kod sumbernya boleh dikongsi.OSS juga adalah perisian  kod-kod yang sumbernya boleh dilihat,diubah,dimiliki,disebarkan semula kepada umum asalkan ia memenuhi hak cipta asal sumber terbuka.OSS adalah perisian yang diedarkan secara percuma tanpa dikenakan sebarang caj oleh pemilik atau pengeluar lesen.Sumber kod perisian tidak hanya disimpan oleh pembangunan sistem,tetapi ianya disimpan oleh sesiapa sahaja yang menggunakan sistem tersebut.Oleh itu, ia membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai.

Kenapa

Perisian Sumber Terbuka atau OSS dijalankan bertujuan untuk mewujudkan industri perisian tempatan yang mampu berdaya saing,mempunyai kemampuan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta mampu menyumbangkan pendapatan kepada negara.Selain itu,OSS juga dijalankan bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan negara.Hal ini demikian kerana,perisian yang dibeli tidak diketahui apa pekara yang tertulis di dalam kod sumber asasnya.Oleh itu,negara yang berkuasa besar dunia dapat menggunakan syarikat perisian secara rahsia untuk mengintip dan mencuri data penting sesebuah negara tanpa disedari. Selain itu,melalui penggunaan `open source software` dapat menjimatkan kos penyelenggaraan laman web @ aplikasi web untuk organisasi.Contohnya laman web yang terbuka yang sering digunakan oleh pengguna adalah Drupal,wordpress dan Joomla.Sumber terbuka adalah perisian bebas untuk digunakan tetapi tertakluk kepada syarat penggunaan perisian tersebut.

Dimana

Perisian Sumber Terbuka(OSS) mudah diperolehi menerusi internet di mana pengguna boleh memuat turun,memasang,mengguna dan memanipulasikan secara bebas mengikut keperluan masing-masing.Pihak Microsoft juga menyediakan platform perisian sumber terbuka ini di alamat URL,http://www.microsoft.com/opensource. Perisian sumber tarbuka merupakan salah satu daripada perisian yang terdapat dalam komputer apabila kita melayari internet.Berikut adalah diantara aplikasi yang berasaskan perisian sumber terbuka:
·        Google
·        Gmail
·        Facebook
·        YouTube
·        Yahoo
·        Flickr
·        Amazon.com

Siapa  

Perisian Sumber Terbuka(OSS) digunakan oleh pelajar di sekolah rendah,sekolah menengah,pelajar di institusi pengajian tinggi,mereka yang berjawatan tinggi dan sebagainya.Selain itu,penggunaan perisian terbuka di sekitar perpustakaan bagi memudahkan pencarian maklumat kepada pelajar.Selain di gunakan dalam kalangan pelajar sama ada pelajar sekolah ataupun pelajar IPT,perisian sumber terbuka juga digunakan oleh penjawat awan dan sektor swasta untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan harian mereka.Pihak Kerajaan juga menggunakan perisian sumber terbuka seperti kementerian Pelajaran(MOE),Kementerian Kewangan,Jabatan Perkhidmatan Awan,dan Kementerian Wanita,Keluarga & Pembangunan Masyarakat.


Bagaimana

Perisian Sumber Manusia(OSS) di jalankan berdasarkan beberapa kriteria antaranya,
·        Bebas Untuk Pengedaran Semula
Lesen tersebut tidak boleh menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi               perisian tersebut sebagai satu komponen pengedaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak boleh digunakan bagi mendapatkan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi mana-mana penjualan tertentu.

·        Kod Sumber
Sesuatu aturcara perlu disertakan bersama kod sumber, dan membenarkan pengedaran kod sumber bersama aturcara yang telah dikompil. Bagi sesetengah produk yang tidak diedarkan bersama dengan kod sumber, pemberitahuan/publisiti bagi mendapatkan kod sumber perlu dibuat samada tidak lebih dari kadar kos penghasilan semula yang berpatutan atau boleh dimuat turun melalui Internet tanpa sebarang bayaran. Kod sumber mestilah dalam bentuk yang boleh diterima umum yang mana pengaturcara boleh membuat pindaan terhadapnya. Kod sumber yang sengaja berbentuk mengelirukan tidak dibenarkan. Bentuk pertengahan seperti output prapemprosesan atau penterjemahan juga tidak dibenarkan.

·        Sumber Kerja Asal
Lesen tersebut mestilah membenarkan pengubahsuaian serta sumber kerja asal, dan perlu membenarkan ia diedar di bawah terma yang sama dengan lesen perisian asal.

·        Integriti Pencipta Kod Sumber
Lesen tersebut boleh menghadkan pengedaran kod sumber dalam bentuk pindaan sahaja hanya jika lesen tersebut membenarkan pengedaran "fail tampung" bersama kod sumber dengan tujuan meminda aturcara tersebut pada masa pembuatan. Lesen tersebut perlu secara jelas membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda. Lesen tersebut mungkin memerlukan sumber kerja asal untuk membawa nama atau versi yang berbeza daripada perisian asal.

·        Tiada Diskriminasi Terhadap Individu Atau Kumpulan
Lesen tersebut tidak boleh mewujudkan diskriminasi terhadap mana-mana individu atau kumpulan tertentu.

·        Tiada Diskriminasi Terhadap Sesuatu Bidang Usaha
Lesen tersebut tidak boleh menghalang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut bagi sebarang usaha dalam bidang lain. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut dalam bidang perniagaan ataupun digunakan dalam kajian genetik.

·        Pengedaran Lesen
Hak yang dilampirkan kepada aturcara mestilah boleh diguna pakai kesemuanya oleh sesiapa yang menerima aturcara tersebut tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan oleh pihak-pihak tertentu.

·        Lesen Tidak Boleh Di Khusus Kepada Suatu Produk
Hak yang dilampirkan kepada aturcara tidak boleh bergantung kepada keadaan aturcara yang merupakan sebahagian daripada pengedaran perisian tertentu. Jika aturcara diambil daripada pengedaran tersebut dan digunakan atau diedarkan di dalam terma lesen aturcara tersebut, semua pihak di mana pengedaran semula aturcara itu harus memiliki hak yang sama seperti yang dibenarkan kepada pengedaran aturcara yang asal.

·        Lesen Tidak Boleh Menghadkan Perisian Yang Lain
Lesen tersebut tidak boleh meletakkan pembatasan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian berlesen. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh mendesak aturcara lain yang diedarkan pada medium yang sama menjadi perisian sumber terbuka. 10. Lesen tersebut mestilah berbentuk teknologi-neutral.Tiada peruntukan bagi lesen dipredikat pada mana-mana teknologi individu.



Kelebihan


Antara kelebihan Perisian Sumber Terbuka(OSS) adalah..
·        Khidmat sokongan yang mudah diperolehi.
·        Perisian berkualiti.OSS telah diperakui menepati kebanyakan standart utama,telah melalui proses peer-review,mudah memperolehi kod sumbernya (source code),dan mudah diubahsuai mengikut keperluan.
·        Kos  yang efektif.OSS selalunya menawarkan kos yang percuma.Hal ini dapat membantu starikat dan seterusnya negara untuk menggunakannya.
·        Pengunaan OSS adalah lebih selamat.Hal ini demikian  kerana, kod sumbernya adalah terbuka.Contohnya,apabila semakin ramai yang memeriksa kod sumber,semakin banyak kesilapan yang berlaku.Oleh hal sedemikian,hasilnya lebih selamat jika dibandingkan dengan kod sumber tertutup.
·        Linux.OSS mempunyai Linux yang telah disertakan dengan pelbagai perisian lain dengan Sistem Pengoperasian.Linux tidak bergantung kepada vendor(vendor-independent),kos pekakas yang rendah,lebih pantas berbanding versi UNIX propritary,serta faktor keselamatan dan kestabilannya berbanding dengan Microsoft Windows.Oleh yang demikian,ciri-ciri Linux tersebut menjadi bukti kepada kerbekesanan OSS.
·        OSS yang diadakan di perpustakaan membolehkan sesebuah perpustakaan melakukukan pemilihan dalam menentukan sistem perpustakaan yang berkualiti dan sesuai untuk diaplikasi.
·        OSS dapat membantu menjimatkan perbelanjaan syarikat atau kerajaan.Disamping itu,OSS juga dapat menambahkan pendapatan negara,mencipta peluang pekerjaan serta pada masa yang sama dapat memberikan kemahiran khususnya dalam OSS yang diperlukan oleh rakyat tempatan
·        OSS mempunyai sumber rujukan yang banyak.Banyak sumber rujukan dan tutorial yang boleh didapati di internet untuk membantu anda pada bila-bila masa
·        OSS mempunyai Ramai Tenaga Pakar.Terdapat ramai developer dan designer yang ada di internet dapat membantu anda sekiranya menghadapi masalah @ memerlukan fungsi yang spesifik untuk laman web.Harga yang dikenakan adalah berpatutan.



Senarai  yang terdapat  dalam OSS adalah...

·        Linux(Sebuah system pengoperasian percuma yang diperolehi melalui jaringan internet).
·        OpenOffice.org(Perisian secara terbuka dan percuma untuk pemprosesan teks,membuat persembahan,dan pelbagai lagi fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office).
·        Mozilla Firefox(Projek pembangunan pelayar internet secara perisian sumber terbuka).
·        GIMP(Sebuah perisian percuma yang digunakan untuk memanipulasikan imej)
·        Scribus(Perisian percuma yang digunakan untuk membuat penerbitan atas meja seprti brosur dan lain-lain).
·        OpenProj(Perisian sumber terbuka yang digunakan untuk membantu pengurus-pengurus projek dalam merencana jadual kerja projek untuk menghasilkan Guntt Chart).
·        Apache(Merupakan pelayan Web yang paling popular pada masa kini.Ianya boleh di larikan di kebanyakan sistem pengoperasian).



Kaitan antara OSS dengan Digital Citizen


·        Digital Citizen
Digital Citizen didefinisikan sebagai seorang warganegara digital yang kebiasaanya merujuk kepada seseorang yang mengambil bahagian dalam masyarakat menggunakan sejumlah teknologi maklumat(IT).Warganegara digital adalah orang yang menggunakan IT secara meluas,sebagai contoh melalui penggunaan OSS,mewujudkan blog,menggunakan rangkaian sosial dan lain-lain komunikasi.OSS berkait rapat dengan  warganegara digital ini untuk memindahkan segala urusan dan untuk mengisi pelbagai prosedur asas malalui web.Contohnya,penggunaan pendaftaran kelahiran melalui laman web,cukai,mengisi laporan,menyokong calon-calon dalam kempen politik (e-Demokrasi) dan sebagainya telah dipindahkan dan hanya boleh didapati melalui internet.Selain itu,kaitan antara OSS dengan kewarganegaraan digital adalah kewarganegaraan digital bermula pada kali pertamanya dengan kanak-kanak,remaja serta dewasa yang menggunakan alamat emel,jawatan gambar online,menggunakan e-dagang untuk membeli barangan dan sebagainya.Manakala,OSS pula adalah individu yang tahu menggunakan komputer mengikut keperluan perisian yang digunakan.Oleh hal yang sedemikian,warganegara digital adalah pengguna OSS.


Sumber Rujukan


No comments:

Post a Comment